Faktor-faktor yang membawa kepada pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu


                         
               

                                                              Image result for politeknik jeli





                                                 




Tajuk E-folio : Faktor-faktor yang membawa kepada pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu.

Nama Pensyarah :

Nama ahli kumpulan :

  1. Raja Muhammad Harith Bin Raja Aziz Bin Raja Aziz         (22DAG18F2058)
  2. Muhamad Firdaus Bin Zaharuddin                                        (22DAG18F2004)
  3. Muhammad Khairul Nizam Bin Haidil Mustapha                 (22DAG18F2095)
  4. Abdul hakim Bin 



Image result for malaysia         

Negaraku Malaysia 


PENGENALAN



Maksud masyarakat majmuk : Menurut J.S Furnivallpelbagai kaum mempunyai budaya, agama, bahasa dan adapt resam yang tersendiri. Walaupun berada di bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka berasingan. Masyarakat majmuk muncul akibat daripada dasar penjajahan yang menggalakkan penghijrahan mengikut keperluan ekonomi.

Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa,kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa,agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya.Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya.Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tanah Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain.Tetapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah pembentukan masayarakat majmuk. Pada awal abad ke – 20, masyarakat majmuk muncul di Tanah Melayu akibat perkembangan ekonomi British. Penghijrahan orang Cina dan orang India ke Tanah Melayu telah mewujudkan tiga kumpulan masyarakat di Tanah Melayu. Orang Melayu merupakan penduduk peribumi di Tanah Melayu. Menurut J.S Furnival, masyarakat majmuk didefinisikan sebagai satu kelompok masyarakat di mana tidak wujud interaksi atau perhubungan dalam kalangan kaum. Golongan imigran Cina dan India datang ke Tanah Melayu atas beberapa faktor. Antaranya ialah perkembangan perlombongan bijih timah dan industri getah yang memerlukan buruh, maka orang Cina dan orang India dibawa masuk ke Tanah Melayu. Mereka dibawa masuk melalui beberapa cara seperti tiket kredit, sistem kangani dan ejen. Terdapat banyak faktor yang mendorong pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu. Ketiga – tiga kumpulan etnik ini hidup berasingan kerana terdapat beberapa halangan. etelah kemasukan migran daripada luar, bermulalah proses pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum seperti sekarang. 
Proses pembentukan masyarakat pada mulanya sukar kerana berbeza fahaman, amalan, ras dan etnik serta kehidupan seharian. Banyak konflik yang berlaku dalam proses pembentukan ini seperti peristiwa 13 mei 1969. Apabila konflik berlaku dalam masyarakat majmuk, konflik berkenaan mengikut garisan pemisah ras, bukan garisan kelas. Pengambilan pekerja buruh daripada luar di buat secara tetap sudah pasti akan menimbulkan masalah sosio-ekonomi dan politik yang lebih membimbangkan dan bagi mengelak pembentukan masyarakat majmuk pelbagai etnik atau heterogeneous seperti mana yang cuba dielak oleh negara-negara Eropah Barat dan Telok (Weiner, 1990:143).



Cabaran


A.Dasar Pecah Perintah

Telah wujudnya Dasar Pecah Perintah  oleh British telah merenggangkan lagi hubungan antara kaum.Ini terjadi demi menjaga kepentingan politik dan ekonomi mereka di Tanah Melayu. British ingin terus mengekalkan orang Melayu dalam ekonomi tradisional  kerana tidak mahu masyarakat Melayu terdedah kepada pengaruh luar. British berasa bimbang jika pendedahan kepada pengaruh luar akan melahirkan golongan penentang dalam masyarakat Melayu. British juga menggalakkan kemasukan pelabur asing dan penghijrahan golongan buruh dari Cina dan India yang terlibat dalam ekonomi moden. British tidak menggalakkan sebarang usaha asimilasi dalam kalangan tiga kaum di Tanah Melayu pada masa itu.

1.Pengasingan Penempatan
2.Pengasingan agama
3.Pengasingan sistem agama
4.Kewujudan akhbar pelbagai bahasa
5.Kewujudan persatuan pelbagai kaum


B. Perbezaan fungsi ekonomi.
Antara faktor yang mendorong pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu ialah perkembangan ekonomi kapitalis yang menyebabkan perbezaan dalam fungsi ekonomi. Perbezaan fungsi ekonomi membawa kepada pengalaman kaum mengikut kegiatan ekonomi mereka. Perkembangan ekonomi komersial didorong oleh golongan imigran Cina yang terlibat dalam bidang perniagaan dan perlombongan bijih timah. Imigran India pula tertumpu di kawasan ladang getah dan sebilangannya tinggal di bandar untuk bekerja sebagai kerani dan buruh di pelabuhan. Orang Melayu masih kekal dalam sistem ekonomi tradisional dengan bekerja sebagai petani dan nelayan. Perbezaan dalam fungsi ekonomi telah memisahkan ketiga – tiga kaum tersebut dan secara tidak langsung mewujudkan masyarakat majmuk.

C.Pengamalan budaya yang berbeza.
Masyarakat majmuk juga wujud apabila ketiga – tiga kaum mengamalkan budaya yang berbeza. Orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu bertumpu di kawasan perlombongan bijih timah di sekitar Kuala Lumpur, Ipoh dan Seremban. Mereka hidup berkelompok dalam puak masing – masing. Hubungan sosial dalam kalangan puak Cina juga tidak erat kerana mempunyai dialek yang berbeza. Orang India pula terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik yang berbeza seperti Tamil, Telegu, Punjabi dan sebagainya. Setiap kelompok ini menggunakan bahasa masing – masing, maka pergaulan antara mereka juga tidak erat. Setiap kumpulan masyarakat hidup secara berasingan. Mereka terus mengekalkan budaya masing – masing seperti pakaian, adat resam, makanan, tradisi dan perayaan.

D. Sistem pendidikan.
Setiap masyarakat juga mempunyai sistem pendidikannya yang tersendiri. Sistem pendidikan tersebut mengukuhkan lagi sifat kemajmukan masyarakat di Tanah Melayu. Masyarakat peribumi, iaitu orang Melayu mendapat pendidikan berdasarkan agama Islam di sekolah – sekolah pondok. British juga menubuhkan sekolah – sekolah Melayu. Sistem pendidikan tempatan kurang berkualiti. Masyarakat tempatan hanya diajar membaca, menulis dan mengira. Pendidikan orang Cina pula berasaskan negara China dan menggunakan bahasa pengantar bahasa Cina. Guru – guru, sukatan pelajaran dan buku – buku digunakan juga dibawa dari negara China. Orang India pula menubuhkan sekolah – sekolah Tamil di ladang – ladang untuk memberikan pengetahuan asas kepada orang India. Mata pelajaran yang diajar juga berdasarkan negara India.


E. Perbezaan agama.

Satu lagi faktor yang mendorong pembentukan masyarakat majmuk ialah perbezaan agama. Setiap kumpulan etnik menubuhkan institusi dan tempat beribadat masing – masing. Masyarakat Melayu yang beragama Islam membina surau dan masjid. Masyarakat India yang beragama Hindu pula membina kuil di ladang – ladang untuk beribadat dan menjalankan upacara keagamaan. Masyarakat Cina yang mengamalkan agama Buddha dan menyembah nenek moyang pula membina tokong dan pagoda mereka di bandar. Setiap kaum menubuhkan institusi sosial dan persatuan masing – masing untuk menjaga kepentingan sendiri. Penubuhan persatuan – persatuan tidak rasmi juga mampu melindungi dan mengekalkan identiti setiap kaum di Tanah Melayu.

F. Peristiwa 13 Mei 1969
Berlakunya pergelutan antara kaum iaitu Cina dan Melayu dan telah menyebabkan kehilangan nyawa yang ramai sehinggakan pada ketika itu Tanah Melayu (Malaysia) telah diistiharkan darurat. Antara isi dari peristiwa ini :

1.DAP dan gerakan mengadakan perarakan samada secara haram atau tidak sejak 11 Mei 1969 lagi.

2.Perasaan Orang Melayu di ibu kotak ketika itu telah memuncak akibat cacian yang berbaur perkauman dan jika ia dibatalkan ia akan mencetuskan rusuhan kaum.

3.Adalah difikirkan bahawa jaminan yang sebaik-baiknya untuk mencegah kekacauan ialah dengan membenarkan perarakan yang dijalankan secara rapi.

4.Janji Datuk Harun Idris dan pengikutnya untuk berarak secara aman.Serangan balas oleh orang melayu tersebut telah menimbulkan kekecohan yang akhirnya telah mengorbankan banyak nyawa serta telah menyebabkan kerugian harta benda yang banyak.Maka tercetuslah epidsod berdarah 13 Mei 1969 yang sehingga kini masih diperkatakan.


PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

Selepas kemerdekaan , negara menghadapi pelbagai masalah dalaman , terutama masalah perpaduan dan integrasi antara kaum . Masalah perpaduan wujud implikasi pemisahan tempat tinggal , perbezaan pekerjaan , sistem pendidikan , kepercayaan atau agama , fahaman politik  , masalah ekonomi dan sistem pemerintahan yang diperkenalkan oleh pihak penjajah. Pelbagai langkah telah diambil oleh kerajaan Malaysia untuk mengatasi masalah ini . Antaranya adalah penyeragaman sistem pendidikan , integrasi ekonomi , penyatuan fahaman politik dan aspek-aspek sosial lain . Selain itu, Dasar Ekonomi Baru ,Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Rukun Negara dibentuk untuk menyatukan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

Perpaduan dan intergrasi nasional adalah  saling berkaitan tetapi merujuk proses yang berbeza. berpaduan bermaksud proses penyatuan daripada semua aspek seperti fizikal,sosial,ekonomi dan politik,tetapi tidak termasuk biologikal. Integrasi pula melibatkan semua penyatuan di atas , termasuk aspek biologikal.Malaysia sebagai sebuah negara yang didiami oleh masyarakat berbilang kaum dengan peibagai kebudayaan,agama dan ideologi yang berlainan,harus mementingkan kedua-dua konsep ini.

Antara faktor-faktor pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu: 


1)Dasar-dasar kerajaan untuk membentuk perpaduan yang lebih baik selepas peristiwa 13 Mei 1969.

Peristiwa 13 Mei 1969 telah memberikan impak negatif terhadap perpaduan rakyat Malaysia. Kerajaan pimpinan Tun Abdul Razak Dato' Huseein menyedari akan hal ini kerana jika ia tidak dibendung dan disekat ia akan mencetuskan satu situasi yang diingi sekali lagi.Justeru pelbagai langkah telah diambil untuk mengatasi masalah ini melalui dasar-dasar yang dibentuk untuk membina perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa.


1)Dasar Ekonomi Baru (DEB)

Dasar ini telah diperkenalkan pada tahun 1970 dan mempunyai matlamat serampang dua mata iaitu :

  • Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum
  • Penyusunan semula masyarakat
2)Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar pendidikan kebangsaan adalah terhasil daripada akta pelajaran 1961 yang berdasarkan syor laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960.Ia telah dimaktubkan dalam Ordinan Pendidikan 1957.Pada amnya dasar ini bertujuan untuk menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan keturunan melalui sistem pelajaran yang menitik beratkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama serta berasaskan kokurikulum,peperiksaan dan kegiatan kokurikulum yang sama.

3)Dasar Pembangunan Nasional (DPB)
Dasar pembangunan nasional (DPB) telah diperkenalkan oleh Tun Dr.Mahathir Mohamad pada 17 Jun 1991 di parlimen Melalui dasar ini ia masih lagi mengekalkan tujuan asas Dasar Ekonomi Baru dan bermatlamatkan untuk mencapai pembangunan seimbang bagi mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan adil.Matlamat akhir dasar ini ialah untuk membentuk perpaduan kaum.

4) Dasar Kebudayan Kebangsaan (DKK)
Sebagai sebuah negara yang rakyatnya berbilang bangsa,kaum dan agama Malaysia tidak lari daripada aspek kepelbagaian budaya antara satu sama lain.Melalui dasar ini unsur kebudayan dapat digunakan untuk membentuk warganegara yang lebih baik dan membina negara bagi mencerminkan satu keperibadian Malaysia


Penutup




Banyak cabaran yang telah Malaysian hadapi sebelum ini namun sedikit-sebanyak pembaharuan positif yang telah diperkenalkan seperti Dasar Ekonomi Baru,Dasar Pendidikan Kebangsaan,Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Pembangunan Nasional.Pembentukan masyarakat majmuk secara tidak langsung telah mempengaruhi dan mengubah sistem sosial di  Tanah Melayu  yang akhirnya mewujudkan jurang perbezaan antara kaum. Walaupun ketiga-tiga kaum ini tinggal di Negara yang sama tetapi masih mengekalkan identity masing-masing dan mengamalkan tradisi tersendiri tanpa mengasimilasikan budaya antara satu sama lain.Disamping itu, jika dilihat faktor berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 kebanyakan disebabkan oleh peranan penjajah yang telah membentuk satu masyarakat yang mempunyai kelas dan tahap tertentu demi untuk memelihara kepentingan mereka di Tanah Melayu Selepas 13 Mei 1969 juga jelas menampakkan satu peningkatan yang amat membanggakan bagi negara kita dari segi pemupukan perpaduan kaum dan ia adalah hasil daripada usaha-usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan.
kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia merupakan satu anugerah Tuhan yang mempunyai hikmah disebaliknya.Oleh itu,kepelbagaian yang dimiliki kini perlu dipelihara dan setiap kaum perlu mengambil peluang ini untuk mengenali di antara satu sam lain .Sebagai rakyat Malaysia ,kita perlu memahami dan mempelajari serta mengetahui hakikat kewujudan setiap kaum di negara ini agar timbul persefahaman dan tolak ansur antara kaum.Setiap kaum perlu bersama membangunkan negara pada masa ini dan masa akan datang dan menjadikan peristiwa lalu sebagai sempadan dan pengajaran untuk pembentukan negara bangsa Malaysia yang mantap dan'tidak rapuh dimamah zaman'

Rujukan

https://www.scribd.com/doc/58577686/Dasar-Pecah-Dan-Perintah

http://mohammadia5193.blogspot.com/2015/07/2_29.html
http://pmptsbdee1b.blogspot.com/2016/10/bab-3pembentukan-masyarakat-majmuk.html

















Comments